Buaya tersesat ke taman perumahan ditangkap

Buaya tersesat ke taman perumahan ditangkap

Kota Kinabalu: Seekor buaya sepanjang hampir dua meter berjaya ditangkap dalam operasi dijalankan di Taman Perumahan Bitsa Ridge, Luyang, di sini, selepas dilaporkan penduduk, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, penduduk yang mendakwa terlihat kelibat haiwan seperti buaya terus menghubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), untuk mendapatkan bantuan.

Kakitangan JHL Sabah menangkap buaya sepanjang dua meter di Taman Perumahan Bitsa Ridge, Luyang, Kota Kinabalu.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan berkata, sebaik menerima panggilan, pihaknya mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat seekor buaya sepanjang dua meter ditemui di kawasan semak berhampiran perumahan berkenaan.

Kakitangan JHL Sabah menangkap buaya sepanjang dua meter di Taman Perumahan Bitsa Ridge, Luyang, Kota Kinabalu.

“Operasi memburu haiwan itu segera dijalankan dan akhirnya buaya berkenaan berjaya menangkap ditangkap pasukan JHLS.

“Buaya berkenaan kemudiannya dibawa ke Pusat Penyelamatan Hidupan Liar di Potuki, Lok Kawi, untuk penjagaan dan rawatan yang diperlukan,” katanya di sini, hari ini.

Dr Sen berkata, dalam tempoh masa ini, buaya berkenaan akan dijaga buat sementara waktu sebelum lepaskan di habitat yang sesuai.

Buaya sepanjang dua meter yang berjaya ditangkap kakitangan JHL Sabah di Taman Perumahan Bitsa Ridge, Luyang, Kota Kinabalu.

“Sehubungan itu, kita mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu dari segi kewangan untuk operasi hidupan liar seperti ini.

“Ia termasuk Malaysian Palm Oil Council, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation, ORANGUTAN APPEAL United Kingdom and Zoo Oregon,” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|