Pendirian dine in, Salleh sambut baik pengumuman Hajiji

Pendirian dine in, Salleh sambut baik pengumuman Hajiji

Kota Kinabalu: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak (gambar) hari ini amat menyambut baik pengumuman Ketua Menteri untuk kekal membenarkan aktiviti dine-in di negeri ini.

Ketetapan tersebut baginya sekaligus menjelaskan keraguan orang awam terhadap prosedur operasi standart (SOP) di Sabah.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk terus membenarkan ‘dine-in’ di Sabah dengan peralihan kita ke Fasa 2 PPN bermula hari ini.

“Harap ini menjelaskan sebarang keraguan orang awam dengan SOP Sabah,” katanya ketika dipetik daripada laman status Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah pada pagi tadi mengumuman bahawa kerajaan tetap dengan pendirian membenarkan aktiviti dine-in di negeri ini yang dikuatkuasakan sejak 29 Jun lalu.

Sementara itu, berhubung penambahan vaksin di Sabah, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan dalam pautan Facebooknya menambah, semua pihak turut gembira dengan berita baik berkenaan dalam memastikan proses pemulihan di negeri ini berjalan lancar.

“Kita juga gembira bakal menerima penambahan vaksin untuk imunisasi Sabah.

“Semoga proses pemulihan Sabah berjalan dengan lancar,” katanya dalam pautan Facebook itu lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|