Mangsa dan saksi kes dera dicari

Mangsa dan saksi kes dera dicari

Kota Kinabalu: Polis sedang mengesan mangsa dan saksi perbicaraan membabitkan kes dera di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, individu yang dicari adalah membabitkan seorang kanak-kanak dan remaja berusia 11 dan 15 tahun serta seorang lelaki berusia 40 tahun.

Katanya, mereka diperlukan hadir pada perbicaraan yang dijadualkan akan diadakan pada 17 Januari depan.

“Individu yang dicari adalah Ferosa Majid yang beralamat terakhir di daerah Sandakan, manakala dua lagi Bella Isabella Rizuan dan Rizuan Ribot yang ditinggal di Kampung Batu 4, Jalan Apas, Tawau.

“Pihak Polis sedang mencari mangsa dan saksi untuk perbicaraan satu kes dera di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

George berkata, saksi berkaitan kes berkenaan atau mana-mana pihak yang mengetahui lokasi mereka diminta menghubungi Inspektor Kasinam Kadri dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di talian 014-3522826.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|