Luluskan i-Citra ‘one-off’ RM10,000, bantu mangsa banjir

Luluskan i-Citra ‘one-off’ RM10,000, bantu mangsa banjir

Kota Kinabalu: Kerajaan digesa supaya meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000 secara ‘one-off’ bagi membantu mangsa banjir yang terjejas kini.

Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Datuk Fadli Fathullah berkata, negara kini dilanda banjir yang luar biasa dan lebih teruk berbanding sebelum ini.

“Sudah tiba masanya kerajaan memainkan peranan untuk membantu rakyat yang terjejas teruk akibat banjir.

“Perdana Menteri harus memandang serius keadaan ini di mana rakyat perlu dibantu dengan kadar segera dan salah satu inisiatif adalah i-Citra one-off sebanyak RM10,000 diluluskan serta- merta tanpa syarat agar rakyat dapat menyelesaikan apa yang mereka hadapi kini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, sebagai kerajaan Keluarga Malaysia yang prihatin, harus menitik beratkan isu kebajikan rakyat pada waktu ini.

“Rakyat sangat memerlukan bantuan ketika ini agar mereka dapat manfaat daripada kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, beberapa negeri di Semenanjung termasuk di Pahang, Selangor, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak dilanda banjir.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|