Mangsa banjir Sabah kekal 37 orang

Mangsa banjir Sabah kekal 37 orang

Penampang: Jumlah mangsa banjir Sabah kekal 35 orang membabitkan tujuh keluarga hari ini.

Setakat jam 9 pagi tadi, bilangan penduduk yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang, kekal sejak petang semalam.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, keadaan banjir semakin beransur pulih di kebanyakan kawasan.

“Ramai mangsa di PPS juga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak semalam.

“Bagaimanapun, kita sering mengingatkan penduduk setempat khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada berikutan keadaan ketika ini masih tidak menentu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap APM Sabah menyatakan pihaknya ketika ini sentiasa dalam situasi siap siaga menghadapi situasi banjir serta tanah runtuh di seluruh Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|