Mangsa banjir dipindahkan meningkat

Mangsa banjir dipindahkan meningkat

Beaufort: Mangsa banjir yang dipindahkan di daerah kecil Membakut meningkat kepada 69 orang petang ini, berbanding 39 orang pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata jumlah itu membabitkan 22 keluarga dari tiga kampung.

Katanya, seramai 52 mangsa membabitkan 17 keluarga adalah penduduk Kampung Brunei, diikuti 12 penduduk yang membabitkan empat keluarga dari Kampung Sungai Damit dan lima mangsa membabitkan sebuah keluarga dari Skim Kampung Brunei.

Semua mereka dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort.

Sementara itu, banjir di 44 kampung di daerah ini dan 15 kampung di Membakut sejak semalam dilaporkan masih berlaku berikutan paras air Sungai Padas dan Sungai Membakut masih pada paras bahaya walaupun menunjukkan aliran menurun petang ini.

Selain di daerah ini, banjir turut dilaporkan di Sipitang dengan seramai 15 orang membabitkan empat keluarga dipindahkan di Mesapol setakat ini.

Banjir di daerah terbabit termasuk beberapa lagi kawasan rendah di Kimanis dan Bongawan berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|