Banjir kilat di beberapa lokasi sekitar bandaraya Kota Kinabalu

Banjir kilat di beberapa lokasi sekitar bandaraya Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: Hujan lebat sejak petang semalam dan air pasang dipercayai menjadi punca beberapa kawasan sekitar sini dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang dilaporkan dinaiki airi adalah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong serta jalan berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman di Kuala Penyu serta Beaufort.

Katanya, amaran yang dijangka berlaku jam 10 pagi itu turut membabitkan kawasan pantai barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran serta Labuan.

Sementara itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Yusof berkata, hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan rumah mereka di Kampung Inanam Laut ditenggelami air.

Katanya, kejadian ini sudah beberapa kali berlaku tahun ini selepas berlaku hujan lebat berterusan dalam jangka masa beberapa jam.

“Kejadian ini sudah kerap kali berlaku, dalam tahun ini sudah empat kali kawasan kampung kami dilanda banjir masing-masing Januari, Jun, Ogos dan hari ini.

“Keadaan banjir kilat yang tidak dapat dibendung ini menyebabkan situasi ya g sangat susah untuk kami terutama di dalam rumah iaitu kesan terhadap kerosakan peralatan elektrik serta perabot di rumah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|