Madrasah tahfiz terkesan teruk: PINTA Sabah

Madrasah tahfiz terkesan teruk: PINTA Sabah

LAHAD DATU: Pihak kerajaan diminta agar memberi perhatian sewajarnya kepada madrasah-madrasah tahfiz di seluruh negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) Sabah , Ustaz Samsuali Marulla Al-Hafiz berkata kemungkinan beberapa madrasah akan tutup kerana tidak mampu menampung kos operasi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi PINTA Kebangsaan berkata demikian dalam satu temubual di sini pada Ahad.

Menurut beliau madrasah di negara ini banyak beroperasi bergantung kepada yuran pelajar-pelajar di madrasah tapi bila mana anak-anak (pelajar) sudah tidak di madrasah dan sesi pengajian kini melalui dalam talian PDPR maka tidak ada sumber kewangan dapat dikumpul lagi untuk menampung kos operasi.

“Maka ini saya memohon kepada pihak kerajaan agar dapat membantu walau sekurangnya bantuan one-off untuk madrasah seluruh Malaysia khususnya untuk kami di Sabah itu sudah memadai.
“Ia untuk kami untuk meneruskan perjalanan pengoperasian madrasah di masa akan datang kerana kami khuatiri ada madrasah terpaksa ditutup kerana tiada kos untuk beroperasi membayar gaji ustaz,ustazah dan kakitangan tidak termasuk segala bil utiliti,”katanya.

Beliau memberitahu antara permintaan pengusaha madrasah tahfiz,assatizah dan kakitangan di seluruh Malaysia adalah meminta pihak kerajaan agar meneruskan bantuan RM800 setiap seorang sewaktu PKP 1.0 ,memohon sumbangan tablet dan jaringan internet untuk PDPR,bantuan one-off bagi membantu membayar bil utiliti,operasi dan sewa bangunan serta kos untuk sanitasi bangunan madrasah.

Menurut Samsuali setakat ini lebih kurang 1000 buah tahfiz berdaftar di seluruh negara dan 86 buah di Sabah.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|