Padah cuba lari, lelaki ditahan bersama syabu

Padah cuba lari, lelaki ditahan bersama syabu

Beaufort: Usaha seorang tokan kecil-kecilan meloloskan diri selepas rumahnya diserbu polis tidak kesampaian apabila dia ditahan dalam kejadian di Kampung Rancangan Klias, di sini, hari ini.

Dalam serbuan jam 10.45 pagi itu, polis turut menahan seorang wanita berusia 22 tahun yang tinggal bersama lelaki terbabit.

Tokan dadah yang ditahan sewaktu operasi serbuan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, ketika ditahan, suspek yang ketakutan tidak mahu melepaskan genggaman tangannya.

Bagaimanapun katanya, selepas dipaksa, suspek akhirnya akur dan melepaskan genggaman tangan kirinya dan mendedahkan tiga paket plastik.

Wanita berusia 22 tahun yang ditahan bersama tokan dadah.

“Siasatan lanjut, plastik berkenaan diisi dengan ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dengan berat anggaran 12.60 gram.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua individu juga didapati positif dadah jenis metaphetamine,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta yang sama.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|