Lelaki ditahan bersama dadah

Lelaki ditahan bersama dadah

Sandakan: Seorang lelaki warga asing yang menjalankan aktiviti pengedaran ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam operasi di Kampung Tinusa 2, di sini, semalam.

Dalam operasi awal pagi itu, lelaki warga Filipian berusia 36 tahun itu ditahan bersama dadah jenis methamphetamine.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, operasi dijalankan hasil maklumat risikan pihaknya.

Katanya, sebaik ditahan, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu paket plastik kecil lutsinar berisi hablur jernih dan dua lipatan kertas timah disyaki dadah jenis syabu.

“Nilai rampasan dalam operasi ini dianggarkan sebanyak RM200 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Tangkapan dan rampasan kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Rusdin berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sehubungan itu, Rusdin berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan masyarakat pesisir pantai untuk menyalurkan sebarang maklumat menerusi aplikasi whatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|