LPPS bayar dividen RM2.7 juta kepada kerajaan

LPPS bayar dividen RM2.7 juta kepada kerajaan

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran dividen berjumlah RM2,743,636 daripada Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS).

Dividen itu adalah daripada keuntungan yang diperolehi LPPS pada tahun 2019.

Bayaran dividen berkenaan diterima Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor daripada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Majlis penyampaian berlangsung di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Mohd Jasmin Julpin; Pengerusi LPPS, Datuk Dr Zaki Gusmiah dan Pengurus Besar LPPS, Felix Liangson.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|