Lori milik APM terbakar

Lori milik APM terbakar

Ranau: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan diri selepas lori dinaiki terbakar di Jalan Ranau-Kundasang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, semua anggota terselamat manakala lori milik APM terbakar hampir 75 peratus daripada keseluruhannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 malam.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Sebaik tiba, api masih marak membakar lori jenis Handalan Hicom berkenaan dan operasi memadamkan kebakaran segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal pada jam 8.38 sebelum operasi tamat sepenuhnya sejam selepas itu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bahagian forensik JBPM.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|