Lokasi sembunyi 9 PATI digempur

Lokasi sembunyi 9 PATI digempur

Tawau: Dua kediaman dipercayai tempat persembunyian pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Tawau Lama, di sini, diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), awal pagi tadi.

Serbuan jam 5 pagi itu dilakukan sepasukan anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) PPM bersama Unit Risikan Marin (URM) PPM Tawau.

Pegawai Memerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, operasi di kawasan kampung berkenaan susulan risikan dan maklumat URM Tawau.

Antara PATI yang ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dalam serbuan di Kampung Lama Tawau.

“Hasil serbuan ke atas kedua-dua rumah itu mendapati sembilan individu berusia 14 hingga 42 tahun ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.

“Semua PATI terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut. Kes akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Tawau atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1961,” katanya menerusi kenyataan media.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan masyarakat supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka melalui aplikaso WhatsApp PPM Sabah ditalian 0132831197 agar tindakan dapat dilaksanakan.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|