Tawau: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman lima bulan penjara selepas mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu.
Tertuduh, Hermansyah Samijan, 52, mengaku bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Majistret, Dzul Elmy Yunus selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, semalam.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan pada jam 11.50 pagi di Kilang Ais Batu Perikanan Tawau, di Batu 3, Jalan Apas, pada 13 Oktober lalu.
Hasil pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki kad pengenalan atas nama Herman Shah Sawijan yang disyaki palsu.
Tertuduh diarahkan menjalani hukuman bermula semalam dan pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa Nurul Fariza Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-Deasoka