Kota Kinabalu: Acara berbasikal bersama Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin sempena sambutan hari jadi rasminya disertai seramai 300 peserta.
Tun Juhar semasa turut serta dalam aktiviti berbasikal sempena sambutan Hari Jadi ke-68 beliau. Gambar ihsan Jabatan Penerangan
Acara yang diadakan di pekarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pelepasan peserta yang turut disertai sendiri oleh Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam.
Tun Juhar dan isteri memotong kek hari jadinya yang ke-68. Gambar ihsan Jabatan Penerangan
Dalam acara itu, Tun Juhar yang menyertai sama mengayuh basikal sehingga ke Menara Kinabalu sebelum kembali ke bangunan terbabit dengan jarak sejauh 15 kilometer.
Joachim menyampaikan cendera kenangan kepada Juhar. Gambar ihsan Jabatan Penerangan
Program berkenaan kemudiannya diteruskan dengan acara simbolik memotong kek hari jadi sebelum diikuti dengan persembahan hiburan.
Tun Juhar turut menerima cenderahati yang disampaikan oleh Joachim sebelum beredar bagi menandakan berakhirnya majlis pada jam 10.30 pagi.
-Deasoka