Lelaki OKU hanyut diselamatkan

Lelaki OKU hanyut diselamatkan

Penampang: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hanyut dibawa arus banjir berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian di Kampung Kudou, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa Chong Chee Sen yang berusia 61 tahun dikatakan hanyut ketika keluar daripada rumahnya.

Bagaimanapun, selepas hampir tiga jam, mangsa akhirnya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi penemuan mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai kemudiannya di kerah ke lokasi kejadian bersama sebuah bot.

“Pasukan Bomba menerima panggilan terdapat seorang mangsa warga emas OKU dilaporkan hanyut dibawa arus banjir.

“Pasukan Bomba terus bergerak ke lokasi dan memulakan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan akhir menerima laporan mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam pada jam 7.57 malam.

Katanya, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 8.50 selepas mangsa disahkan berada dalam selamat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|