37 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS

37 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS

Kota Kinabalu: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang aktif beroperasi kini diduduki oleh seramai 37 mangsa selepas keadaan banjir beransur pulih di kebanyakan kawasan.

Semua mangsa itu ditempatkan di PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang, PPS Dewan Sri Serigai dan PPS Dewan Sri Keramat.

Difahamkan, semua mangsa berkenaan hanya membabitkan tiga perkampungan iaitu satu di Penampang dan dua lagi di Putatan.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata, setakat jam 5 petang tadi, mangsa yang tinggal membabitkan 10 lelaki, 12 wanita dan 15 kanak-kanak.

Katanya, semua mangsa berkenaan adalah membabitkan 10 keluarga iaitu lapan di daerah Penampang dan dua keluarga di Putatan.

“Selain itu, pihak sekretariat merekodkan hanya 26 kawasan yang masih terjejas ekoran tanah runtuh dan banjir di daerah Penampang

“Kita turut merekodkan hanya dua kawasan yang masih dinaiki air di daerah Putatan,” katanya.

Menurutnya, sekretariat juga turut merekodkan tiga kejadian tanah runtuh bagi daerah Kota Kinabalu.

Dalam laporan pagi tadi, sekretarian pengurusan bencana negeri merekodkan seramai 68 mangsa dipindahkan berikutan kejadian banjir di kawasan tempat tinggal mereka.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|