Lelaki maut terjun tingkat 5 bangunan

Lelaki maut terjun tingkat 5 bangunan

Tawau: Seorang lelaki maut selepas disyaki terjun dari tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Kuhara, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 38 tahun ditemui dengan kecederaan parah di kepala oleh pengawal keselamatan di kaki lima bangunan pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati, mangsa masuk ke bangunan berkenaan sebelum dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berada di tingkat lima.

Namun katanya, pergerakan mangsa terjun dari bangunan tidak dirakam kerana tiada kelengkapan cctv diletakan di kawasan kejadian.

“Mangsa dipercayai terjun dari ruang bangunan di tingkat lima namun siasatan lanjut masih sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut polis turut menemui sebuah beg yang mengandungi pakaian dipercayai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Peter berkata, punca mangsa terjun dari bangunan berkenaan belum dapat dipastikan dan pemeriksaan fizikal juga belum dapat dijalankan berikutan keputusan Covid-19 masih belum diterima.

“Mayat mangsa kini di bilik mayat Hospital Tawau, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|