CUEPACS beri taklimat cadangan kajian semula SSM kepada Ketua Menteri

CUEPACS beri taklimat cadangan kajian semula SSM kepada Ketua Menteri

Kota Kinabalu: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) semalam memberi taklimat berkaitan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu itu disampaikan Pengerusi CUEPACS Sabah, Hussin Basir sempena kunjungan hormat CUEPACS Sabah terhadap Ketua Menteri.

Hussin turut memberi penerangan mengenai peranan utama CUEPACS Sabah yang tertumpu kepada usaha memperkasa kakitangan awam negeri.

Beliau turut berharap agar CUEPACS dijemput menghadiri perhimpunan tahunan perkhidmatan awam negeri.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin; Penolong Setiausahanya, Muanam Majato dan dua ahli exco CUEPACS Sabah iaitu Bertha Eldo dan Mariayati Kastari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|