Lelaki dikhuatiri lemas selepas hanyut di Sungai Tongod

Lelaki dikhuatiri lemas selepas hanyut di Sungai Tongod

Nabawan: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas hanyut ditarik arus deras ketika cuba menyeberangi sungai bersama rakannya dalam kejadian di Ladang Estate United Malaka, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda dikerah ke lokasi kejadian.

“Tempat kejadian terletak kira-kira 450 kilometer daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan 67 kilometer dari BBP Sook.

“Tindakan awal pasukan bantuan BBP Sook ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat. Operasi SAR akan dijalankan pada hari esok,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, identiti mangsa masih belum dapat diperolehi dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|