Lebih 150,000 individu dewasa Sandakan belum divaksin

Lebih 150,000 individu dewasa Sandakan belum divaksin

Sandakan: Lebih 150,000 individu dewasa di daerah ini dilaporkan belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Situasi itu menyebabkan sasaran awal 80 peratus penduduk Sandakan diberikan vaksin menjelang akhir September gagal dicapai.

Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, setakat ini hanya 57.6 peratus atau kira-kira 211,000 daripada 363,800 penduduk daerah itu menerima suntikan vaksin dos pertama.

Manakala katanya, 49 peratus atau bersamaan 177,000 individu pula sudah lengkap menerima suntikan vaksin.

“Namun, kira-kira 42 peratus lagi individu dewasa masih belum hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin.

“Kita baru saja mencapai sasaran dos satu 57.6 peratus dan dos dua dalam 49 peratus dan kalau diikutkan pencapaian ini bagi saya belum memuaskan

“Kita belum lagi mencapai sasaran kita akhir September 80 peratus. Jadi ini satu pencapaian yang agak jauh yang kita harapkan,” Katanya ketika ditemui, hari ini.

Tambah beliau lagi, ketika ini juga kehadiran penerima vaksin di tujuh buah pusat pemberian vaksin (PPV) di daerah itu semakin menguncup.

“Untuk makluman sejak beberapa hari lalu, saya dapati dos satu yang datang ke semua dewan PPV yang kita ada iaitu empat dewan PPV integrasi dan tiga dewan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kita dapati yang berumur 18 tahun ke atas hanya dalam lingkungan 500 hingga 600 individu sahaja,” Katanya.

Justeru itu, beliau menyeru penduduk dewasa sandakan yang belum mendapat sebarang suntikan vaksin agar segera hadir ke mana-mana PPV di daerah berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|