Lari tinggalkan van berisi arak dan rokok seludup bernilai RM38,310

Lari tinggalkan van berisi arak dan rokok seludup bernilai RM38,310

Kota Kinabalu: Seorang penyeludup bertindak lari meninggalkan van yang membawa minuman keras dan pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM38,310 selepas dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu operasi di kawasan tepi laut berhampiran Wawasan Plaza, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslan Awang berkata, pemantauan dilakukan ke atas sebuah van dan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Katanya, ketika polis menghampiri suspek terus melarikan diri dari kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas van menemui minuman keras dan pelbagai jenis rokok tidak bercukai disimpan dalam van berkenaan.

“Nilai rampasan dianggarlan berjumlah RM37,310,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Roslan berkata, semua rokok dan minuman keras dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1867.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|