Lanjutan PKP Sabah, tunggu pengumuman esok: Masidi

Lanjutan PKP Sabah, tunggu pengumuman esok: Masidi

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan mengumumkan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) berkenaan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini pada esok.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkara itu akan diumumkan selewat-lewatnya pada petang esok berhubung senario baharu di negeri ini.

“Tunggu kenyataan saya petang esok,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di ibu negara memaklumkan PKP akan terus dilanjutkan susulan kadar kes Covid-19 di negara masih belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti ditetapkan.

Memetik daripada laporan Bernama.com, Perdana Menteri dalam pada itu mendedahkan PKP fasa pertama ini akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan Julai hadapan.

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang mesyuarat telah bersetuju untuk menukar waktu operasi premis menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga jam 10 malam berkuatkuasa pada esok.

Bagaimanapun, di Sabah, belum ada sebarang ketetapan dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri setakat ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|