Laksana vaksinasi di kawasan PKPD: Bung

Laksana vaksinasi di kawasan PKPD: Bung

Kota Kinabalu: Pelaksanaan pemberian vaksin di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mampu mempercepat sasaran imuniti berkelompok.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah itu dilihat merupakan satu kaedah terbaik dalam usaha mempercepatkan lagi proses vaksinasi di negeri ini.

“Usaha ini wajar diberi perhatian memandangkan penduduk dan masyarakat di kawasan PKPD adalah golongan yang berisiko dan sekiranya tidak dilaksanakan ia dikhuatiri akan mencetuskan lagi kluster baharu.

“Pemberian vaksin haruslah diberikan kepada penduduk yang mendapat keputusan negatif COVID-19 bagi memastikan mereka mempunyai ‘pelindungan diri’ sekaligus mengawal daripada wabak berkenaan merebak setelah PKPD ditamatkan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Sementara itu, Bung Moktar turut memberi pandangan para petugas kesihatan yang berada dilapangan di lokasi PKPD yang terlibat ujian calitan pengesanan Covid-19 juga perlu di manfaat sepenuhnya dengan pembabitan program pemberian vaksin secara serentak setelah mereka disahkan negatif.

“Jika ujian pengesanan Covid-19 dan juga pemberian vaksin dilaksanakan pada satu masa, bukankah ini lebih mempercepatkan usaha kita membentuk imuniti berkelompok dan tidak mustahil mampu menurunkan bilangan kes COVID-19 di negeri ini?,” ujar beliau.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|