Kontak rapat kekal penyumbang utama kes Covid-19 Sabah

Kontak rapat kekal penyumbang utama kes Covid-19 Sabah

Kota Kinabalu: Saringan kontak rapat kekal sebagai penyumbang utama kepada peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah.

Menurut jurucakap Covid-19 negeri ini, Datuk Seri Masidi Manjun, sebanyak 720 kss baharu telah dicatatkan hari ini.

“Sebanyak 331 kes (45.97 peratus) penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari Saringan Kontak Rapat, diikuti tambahan kes dari Kluster Sedia Ada dengan 226 kes (31.39 peratus) dan Saringan Bergejala sebanyak 103 kes (14.31 peratus) dari kumulatif kes harian Negeri Sabah.

“Manakala, untuk Saringan Kluster, Kluster Agathis adalah penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 112 kes daripada keseluruhan 226 kes yang berpunca daripada Saringan Kluster,” katanya sambil berkata tiada penambahan kluster hari ini.

Jelas beliau, sejumlah 83.6 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam kalangan Kategori 1 dan Kategori 2.

” Kategori 1, iaitu sebanyak 255 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 347 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild).

“Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Masidi yang juga merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Kota Kinabalu (151 kes), Kalabakan (116 kes) dan diikuti Tawau (72 kes).

Sementara itu, enam lagi kematian direkodkan di Sabah, dengan daerah Kota Kinabalu mencatatkan empat kes, manakala Kota Marudu dan Sandakan masing-masing dengan satu kes.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|