Kluster terbaharu, upacara keagamaan Kampung Lobou

Kluster terbaharu, upacara keagamaan Kampung Lobou

KOTA KINABALU: Upacara keagamaan yang diadakan di Kampung Lobou, Manggatal, di sini, cetus kluster baharu di Sabah, hari ini.

Jurucakap perkembangan Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster Kampung Lobou sehingga kini mencatatkan 15 kes kumulatif setakat ini.

Katanya, ia hasil daripada saringan kontak rapat dan saringan bergejala yang berkait dengan upacara keagamaan di sebuah gereja, pada 16 hingga 23 Mei lalu.

“Kes membabitkan kakitangan awam, iaitu lelaki berusia 35 tahun yang juga ahli gereja disahkan positif dalam saringan bergejala di Klinik Ajie Bandar Sierra, sebelum dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut.

“Daripada 62 sampel yang diambil, 15 dikesan positif dan 19 sampel negatif manakala 28 lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, hari ini sebanyak 233 kes baharu positif COVID-19 dikesan dengan daerah Semporna mencatatkan satu kes kematian.

Daerah Kota Kinabalu kekal dengan pertambahan kes tertinggi dengan 58 kes, diikuti dengan Tawau (42 kes), Sandakan (33 kes).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|