Keutuhan bersatu demi SOP, petanda perjuangan Sabah: Jeffrey

Keutuhan bersatu demi SOP, petanda perjuangan Sabah: Jeffrey

Kota Kinabalu: Perpaduan di kalangan pemimpin di Sabah dan sokongan tidak berbelah bagi diterima oleh Ketua Menteri yang melonggarkan prosedur operasi standart (SOP) baru-baru ini, boleh mendorong kepada permintaan lebih ‘besar’.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (gambar) berkata, pihaknya gembira pelbagai pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah tampil menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor itu.

“Perpaduan ini menunjukkan kita boleh berkejasama untuk memajukan tuntutan kita, apabila ia bersangkut paut kepada kepentingan bersama, rakyat Sabah akan bersatu tanpa mengira latar politik atau idealogi.

“Kepentingan bersama ini tidak terhad kepada SOP semata-mata untuk mengawal Covid-19, di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),

“Kita mempunyai semua kepentingan bersama dan saya tanpa ragu mengatakan kerajaan ini akan berjuang hingga titisan akhir bagi memperjuangkan kepentingan Sabah dan rakyatnya, “katanya.

Mengulas mengenai keperluan untuk berbincang dengan Putrajaya berhubung SOP di Sabah, Jeffrey mendedahkan setakat ini, perundangan masih tidak jelas kerana ia melibatkan perihal Kementerian Kesihatan.

Jelasnya lagi, Sabah kini mengalami dilema susulan keperincian bidang kuasa pihak kesihatan tidak mempunyai enakmen berhubung perkara itu.

“Kita perlu enakmen untuk melindungi kita, kita perlu menguatkan lagi hal perundangan, kita mempunyai hak perlembagaan untuk menentukan SOP kita sendiri.

“Bagaimanapun kita perlu menguatkannya kerana ia kini agak kabur,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|