Kota Kinabalu: Seorang pemandu dan penumpang sebuah pacuan empat roda terselamat selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dalam kejadian di Jalan Lintas berhampiran Taman Iramanis, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, hanya penumpang wanita berusia 22 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.39 malam.
Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, hanya sebuah kenderaan pacuan empat roda berada dilokasi kejadian manakala sebuah kenderaan terlibat tidak lagi berada di lokasi.
“Pasukan bomba terus memberikan rawatan awal kepada penumpang wanita mengalami yang kecederaan ,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut
Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.58 malam.
-Deasoka