Kota Kinabalu: Seramai 50 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan hamper sempena sambutan Krismas di Kampung Kembirian, Manggatal, di sini, baru-baru ini.
![](https://deasoka.com/wp-content/uploads/2021/12/99baa878-b4c0-4f7e-b2a1-5fb8c032d86c.jpg)
Sumbangan melalui program ‘The Season of Giving’ sempena Hari Natal atau Krismas Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau itu disempurnakan Timbalan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jumat Idris selaku Penyelaras DUN Darau.
![](https://deasoka.com/wp-content/uploads/2021/12/79a7c917-87ea-4f77-9ea0-14a305fc6b95.jpg)
Program berkenaan dianjurkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N17 Darau dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung Kembirian, Manggatal.
-Deasoka