Kota Kinabalu: Kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sabah, hari ini menerima sumbangan peralatan perubatan dan bakul makanan daripada seorang dermawan.
Dermawan terbabit, Tan Sri Lee Kim Yew menyumbang 30 mesin penumpu oksigen, selain 20,000 unit pelitup muka dan herba.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan bakul makanan sumbangan Tan Sri Lee Kim Yew kepada Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.
Sumbangan berkenaan diterima Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis di Menara Kinabalu, hari ini.
Katanya, mesin penumpu oksigen itu akan diserahkan kepada hospital untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.

Hajiji turut menyerahkan 5,000 bakul makanan sumbangan Kim Yew kepada Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad untuk diagihkan ke semua cawangan jabatan itu di Sabah.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.
-Deasoka