Penampang ditelenggelami Air

Penampang ditelenggelami Air

Penampang: Hujan lebat sejak tengah hari tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 kawasan tumpuan, kampung dan taman perumahan ditenggelami air di sekitar daerah Penampang.

Selain itu, dilaporkan beberapa jalan di sekitar daerah ini juga sudah dinaiki air sehingga memutuskan laluan kenderaan.

Untuk rekod, setakat ini paras bacaan air di sekitar Penampang dicatatkan mencecah 8.90 meter menghampiri paras bahaya.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Penampang berkata, operasi pemantauan masih diteruskan membabitkan kerjasama pelbagai agensi pasukan keselamatan.

Katanya, setakat pemantauan mendapati paras air semakin meningkat berikutan hujan masih lagi berterusan.

“Setakat ini kawasan yang terjejas adalah Kampung (Kg) Kolopis, Kg Baru Luyang, Bundusan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bundusan, Penampang Proper, Kg Sugud, Kg Inobong, Kg Kambau, Kg Tuavon, Kg Nambazan dan Kg Kibabaig, Kg Dungkahang, Taman Sahabat serta Taman Manis.

“Setakat ini, lima individu termasuk dua kanak-kanak turut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut menerima laporan tanah runtuh di Kampung Segumau-Madsiang di Jalan Penampang Tambunan.

Katanya, hujan yang berterusan menyebabkan sistem perparitan dipenuhi air dan seterusnya mengakibatkan berlaku banjir kilat di lokasi hotspot banjir daerah Penampang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|