Vaksinasi untuk remaja di Sabah bermula esok

Vaksinasi untuk remaja di Sabah bermula esok

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri membuat keputusan untuk membenarkan remaja berumur 12 tahun hingga 17 tahun diberi vaksin Covid-19 bermula esok.

Dalam satu kenyataan petang ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata perkara itu dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Kabinet negeri hari ini.

Katanya, keputusan itu sejajar dengan pendirian Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan seramai mungkin remaja dalam kategori berisiko tinggi diberi vaksinasi.

Katanya, ia juga sejajar pembukaan semula sekolah bermula pada 3 Oktober depan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan program vaksinasi untuk golongan remaja akan bermula bulan depan selepas sasaran imuniti kelompok dewasa dicapai.

Setakat ini, negeri jiran, Sarawak sudah memulakan program vaksinasi untuk golongan remaja pada minggu lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|