Kerahkan aset, anggota untuk tangani bencana alam

Kerahkan aset, anggota untuk tangani bencana alam

Kota Kinabalu: Kerajaan akan meningkatkan kesiapsiagaan dengan menggerakkan aset tertentu dalam menghadapi musibah berkaitan bencana alam.

Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Latif Ahmad berkata, kesiapsiagaan tersebut adalah melibatkan aset di daratan dan laut.

Menurut beliau, persediaan itu adalah bagi memastikan impak daripada bencana alam dapat diminimumkan sebaik mungkin.

“Kita akan menggerakkan tenaga yang ada dengan 8,000 anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, polis dan juga tentera.

“Kemudiannya, kita akan mengerahkan aset-aset seperti darat atau air dengan sekiranya berlaku bencana banjir, pemindahan itu berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau yang dalam lawatan kerja di Sabah berkata demikian di sidang media diadakan di Pejabat APM Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, Abdul Latif berkata, pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan melakukan keperincian persediaan dalam menghadapi bencana banjir pada waktu pandemik ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|