Banjir semakin pulih

Banjir semakin pulih

Kota Kinabalu: Keadaan banjir di beberapa daerah di Sabah beransur pulih dengan hanya 18 mangsa banjir membabitkan lima keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Mini Mesapol, Sipitang setakat jam 5 petang ini.

Jumlah berkenaan menunjukkan perbezaan ketara berbanding pagi tadi seramai 69 orang daripada 19 keluarga membabitkan Sipitang dan Kota Belud.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tamau ditutup pada jam 3.20 petang sebelum diikuti penutupan PPS Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Chung sekitar jam 3.30 petang.

“PPS terakhir yang ditutup di daerah Kota Belud adalah Dewan Kampung Muhibah yang di tutup sepenuhnya jam 4 petang.

“Walaupun bilang mangsa terjejas banjir yang berada di PPS hanya tinggal sebilangan kecil sahaja namun kita tidak menolak boleh berlaku sebarang kemungkinan bencana alam sama boleh berulang.

“Sukar menjangka situasi ketika ini kerana keadaan cuaca yang masih tidak menentu ketika ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, hujan lebat berterusan sejak Selasa lalu mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Sipitang dan Membakut dilanda banjir.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|