Kekal yakin kepada Presiden: Bung

Kekal yakin kepada Presiden: Bung

Sandakan: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin terus kekal menyokong kepimpinan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihaknya menyakini dan tidak pernah hilang kepercayaan terhadap Presiden UMNO itu selama ini.

Berhubung dengan reaksi beberapa pemimpin UMNO yang menyuarakan bantahan terhadap Ahmad Zahid sebelum ini, Bung Moktar berpendapat ianya adalah segelintir individu sahaja.

“Saya sudah ulas perkara ini, ia cuma persepsi sebilangan daripada UMNO sedangkan parti mempunyai tiga juta ahli, jadi jika dibandingkan hanya 10 orang kurang puas hati, tidak adillah.

“Dalam masa yang sama, saya menyatakan bukan semua ahli-ahli parlimen atau pemimpin dalam UMNO (yang berpersepsi), hanya segelintir sahaja.

“Ia adalah satu amalan dalam sebuah organisasi besar… saya tidak pernah hilang keyakinan kepada Presiden kerana kita yang pilih dia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Outreach Imunisasi Vaksin di Sandakan, hari ini.

Bung Moktar (tengah) ketika menghadiri Program Outreach Imunisasi Vaksin di daerah Sandakan, hari ini.

Baru-baru ini, terdapat beberapa pemimpin UMNO di Semenanjung Malaysia mengemukakan bantahan kepada kepimpinan Ahmad Zahid.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz antaranya pemimpin yang lantang bersuara dan menyuarakan hilang keyakinan kepada Presiden UMNO itu.

Malah, beliau turut mendedahkan telah mengumpul surat sokongan (SD) beberapa pemimpin UMNO untuk menyatakan mereka hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|