Kebocoran gas ammonia

Kebocoran gas ammonia

Semporna: Tindakan pantas pekerja kilang ais menutup kebocoran gas ammonia berjaya mengelakkan daripada berlakunya tragedi besar dalam kejadian di Jalan Bubul, Batu 1 1/2, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, difahamkan salah satu saluran gas di kilang berkenaan mengalami kebocoran sehingga memaksa pekerja kilang menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.08 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kejadian didapati benar terdapat kebocoran gas ammonia dan ia berjaya ditutup oleh pekerja kilang sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Pasukan bomba yang berpakaian lengkap PPE kemudiannya bertindak menjalankan pemeriksaan bagi memantau keadaan kilang berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi turut menjalankan pemeriksaan terhadap saluran yang dilaporkan mengalami kebocoran bagi memastikan tiada lagi kebocoran.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.29 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|