Covid-19 Sabah: Kes di kebanyakan daerah bertambah hari ini

Covid-19 Sabah: Kes di kebanyakan daerah bertambah hari ini

Kota Kinabalu: Kebanyakan daerah mencatat pertambahan kes hari ini yang menyumbang kepada peningkatan kes baharu di Sabah kepada 156 kes hari ini berbanding 122 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata dearah Kota Kinabalu juga kembali merekodkan jumlah kes yang tertinggi dengan 28 kes.

“Ini diikuti daerah Penampang dengan 19 kes, Tuaran (18 kes), Kota Belud (15 kes), Sandakan (13 kes) dan Papar sebanyak 11 kes.

“Semua daerah lain mencatatkan kes baharu satu angka termasuk sembilan daerah yang masing-masing dengan satu kes sahaja.

“Daerah Keningau, Pitas dan Kalabakan pula tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata, daripada 156 kes baharu hari ini, 150 kes berada dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, manakala tiada pesakit dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.

“Berdasarkan kepada statistik kes harian pada 20 Disember, jangkaan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Rt bagi seluruh negara ialah 0.91, manakala 0.84 bagi negeri Sabah,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut dearah:

Covid Update 21 Disember 2021
Sabah 156 (122)

Kota Kinabalu 28 (19)
Penampang 19 (5)
Tuaran 18 (16)
Kota Belud 15 (19)
Sandakan 13 (1)
Papar 11 (3)
Kota Marudu 8 (2)
Ranau 7 (21)
Sipitang 7 (0)
Putatan 7 (5)
Tambunan 5 (7)
Tenom 3 (4)
Semporna 2 (0)
Kuala Penyu 2 (2)
Beaufort 2 (1)
Beluran 1 (0)
Telupid 1 (1)
Lahad Datu 1 (1)
Kinabatangan 1 (2)
Kunak 1 (0)
Nabawan 1 (0)
Tongod 1 (0)
Tawau 1 (4)
Kudat 1 (0)
Keningau 0 (6)
Pitas 0 (3)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 20 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|