Sandakan: Nasib seorang ibu tunggal bersama lima anak berumur setahun hingga 11 tahun, di sini, yang berdepan kesukaran selepas ditinggalkan suami awal tahun ini mendapat perhatian Ketua Masyarakat Cina Elopura, Kapitan James Leong.
Beliau yang juga pengerusi Persatuan Media Sandakan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Lina Musa , 27, di kampung dekat kawasan Perindustrian SEDCO, Batu 3, hari ini.
James yang dimaklumkan oleh seorang rakan media berhubung nasib wanita terbabit menghantar bantuan makanan seperti beras, mee kering, makanan tin, tepung gandum, kicap, susu, minyak masak dan dua kotak pelitup muka.
“Diharapkan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban Lina yang kini sarat mengandung lapan bulan anak keenam,” katanya.
Lina sebelum ini bekerja sebagai seorang tukang sapu, namun kontraknya tamat pada April tahun lalu
Menurut Lina, suaminya meninggalkan mereka selepas memberitahu hendak bercerai pada awal tahun ini.
Lina mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan Kapitan James yang tmemberi bantuan makanan kepada beliau dan anak-anaknya.
-Deasoka