Kapal tongkang tersadai di tebing laut Teluk Likas

Kapal tongkang tersadai di tebing laut Teluk Likas

Kota Kinabalu: Sebuah kapal tongkang ditemui tersadai di tebing laut Tanjung Lipat, Likas, di sini, selepas dipercayai hanyut, awal pagi tadi.

Difahamkan, kapal tongkang berkenaan mengalami kerosakkan sejak semalam dan berhenti di kawasan tengah laut sementara menunggu proses baik pulih dijalankan.

Namun, cuaca hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini semalam dilaporkan telah menyebabkan kapal berkenaan berada semakin hampir ke tebing laut.

Bagaimanapun, kedudukan kapal tongkang berkenaan mengejutkan ramai pengunjung kawasan ini apabila didapati ia berada betul-betul di tepi laut.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengunjung di Pusat Rekreasi Tanjung Lipat itu mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sehingga tular di media sosial.

Seorang pengunjung tetap Tanjung Lipat, yang hanya mahu dikenali sebagai Jack B, 39, berkata, pagi semalam, kedudukan kapal berkenaan agak jauh di tengah laut.

Kapal tongkang yang mengalami kerosakkan sejak semalam, ditemui tersadai di tebing laut Tanjung Lipat, Likas, di sini, selepas dipercayai hanyut, awal pagi tadi.

Bagaimanapun katanya, hari ini, ketika sampai ke kawasan itu, dia terkejut selepas melihat kapal tongkang berkenaan berada terlalu hampir dengan tebing laut.

“Ya, saya terkejut apabila melihat kedudukan kapal tongkang yang tersadai di tebing laut ini. Semalam saya melihatnya masih jauh di tengah laut.

“Ada orang menyatakan kapal berkenaan mengalami kerosakkan dan sedang dalam proses baik pulih,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Menurutnya, keadaan kapal dan air laut di kawasan berkenaan mungkin menyebabkan kesukaran untuk kapal tongkang ini ditarik semula ke tengah laut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|