Kanak-kanak perempuan lemas jatuh parit

Kanak-kanak perempuan lemas jatuh parit

Kinabatangan: Seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Kampung Tumanggung, Jeroco, di sini, semalam, berjaya ditemui, hari ini.

Mangsa Putri Arnil, 12, ditemui lemas pada jam 5.40 petang oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemui lemas kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. Pix Ihsan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tiga anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pencarian terus dijalankan bermula dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pasukan bomba dibantu penduduk kampung melakukan operasi mencari dan menyelamat di parit Kampung Tumanggung, Jeroco, Kinabatangan. Pix Ihsan Bomba

“Mangsa akhirnya berjaya ditemui di dasar parit berkenaan kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nurul Azlan berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 6 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|