16 mangsa banjir di Paitan dipindahkan ke PPS

16 mangsa banjir di Paitan dipindahkan ke PPS

Beluran: Seramai 16 orang mangsa banjir daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat penempatan semantara (PPS) selepas terjejas akibat banjir di Paitan, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, semua mangsa terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita termasuk orang kurang upaya (OKU) dan bayi perempuan.

Mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Kampung Binsulung.

“Semua mangsa dipindahkan di PPS Dewan Kampung Binsulung,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, hujan lebat bermula jam 2 pagi semalam.

Keadaan banjir di kawasan Paitan.

Katanya, ekoran hujan berterusan itu, sebanyak 18 kampung dilaporkan terjejas banjir dan lapan daripadanya terputus hubungan.

“Kampung terbabit iaitu Kampung Tanjung nipis Satu dan Dua, Sulit, Batangon Laut, Batangon Darat, Simpangan, Tebatu, Dalamas, Kabuluh, Pinampadan, Kaindangan, Golong, Pinang kau, Maidan, Bawang, Tangkarason, Musinggapu dan kampung Sungai Tangkarason.

Pasukan bomba melakukan tinjauan di kawasan banjir.

“Sebanyak 12 laluan jalan juga tidak dapat dilalui. Kini pasukan penyelamat giat melakukan tinjauan serta menyalurkan keperluan makanan kepada mangsa banjir,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|