Kanak-kanak ditemui bersendirian di sebuah kenderaan tersadai

Kanak-kanak ditemui bersendirian di sebuah kenderaan tersadai

Penampang: Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai berusia lingkungan 10 tahun ditemui bersendirian di sebuah kenderaan tersadai sejak tiga hari lalu.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Sarah itu ditemui di Taman Suria, di sini, oleh orang awam sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kanak-kanak yang tidak mempunyai identiti dipercayai berbangsa Suluk berdasarkan pertanyaan lisan.

Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dikenalpasti bersendirian selama tiga hari dan tinggal di dalam sebuah kenderaan yang lama tersadai.

“Kanak-kanak terbabit yang ditemui orang awam kemudiannya dibawa ke Balai Polis Penampang bagi mendapatkan bantuan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali penama sila hubungi IPD Penampang di talian 088-712222 atau terus ke Balai Polis Penampang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Haris berkata, kerjasama masyarakat diperlukan bagi membantu pihak polis mengesan keluarga atau waris kanak-kanak terbabit.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|