Kanak-Kanak 12 tahun ke bawah dibenarkan melawat TTS

Kanak-Kanak 12 tahun ke bawah dibenarkan melawat TTS

Kota Kinabalu: Prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian Taman Taman Sabah (TTS) di seluruh negeri dikemaskini kepada fasa dua sejak 5 Oktober lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sabah Parks di laman sosial facebook hari ini berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun dibenarkan melawat ke TTS namun dengan syarat kedua ibubapa atau pembawa dilengkapi dua dos vaksin.

“Selain itu, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dibenarkan mandi di kolam terbuka atau tertutup di Stesen Mata Air Panas, Poring.

“Bagaimanapun, penggunaan ‘slide pool’ dan ‘rock pool’ masih tidak dibenarkan buat sementara waktu sehingga kenyataan baru dikeluarkan kelak,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk ‘Dine In’ di restoran dalam kawasan TTS.

Selain itu katanya, kanak-kanak bawah 12 tahun juga tidak dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu dan puncak Bohey Dulang di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.

“Manakala bagi pelawat berusia 70 tahun pula dibenarkan namun ia tidak digalakkan.

“Sila patuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Negeri Sabah serta Enakmen Taman Taman Sabah 1984.

“Ia juga termasuk arahan pengarah, pengurus dan pegawai TTS yang diberi kuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|