Kalabakan dalam zon jingga

Kalabakan dalam zon jingga

Kota Kinabalu: Kalabakan beralih dari zon merah ke zon jingga Covid-19 sejak Isnin lalu, menjadikan ia satu-satunya daerah dalam zon berkenaan di Sabah ketika ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata 26 daerah lagi kekal dalam zon merah.

“Pecahan daerah mengikut zon menunjukkan satu daerah berada dalam zon jingga, manakala 26 daerah dalam zon merah,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Semalam, Kalabakan hanya mencatat satu kes baharu Covid-19 selepas dua hari berturut-turut tidak mencatat sebarang kes baharu.

Semua 27 daerah di Sabah berada dalam zon merah Covid-19 sejak 9 Ogos lalu berikutan peningkatan mendadak kes hingga mencecah empat angka setiap hari dengan jumlah tertinggi sebanyak 3,487 kes pada 26 Ogos lalu.

Kes harian Covid-19 di Sabah bagaimanapun mula menunjukkan penurunan hingga di bawah 1,000 kes sejak akhir September lalu dan semalam mencatat 426 kes iaitu yang terendah sejak 16 Julai lalu.

Daerah yang berada dalam zon jingga mencatat kurang 40 kes aktif, manakala daerah dalam zon merah mencatat lebih 40 kes aktif.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|