Kajian pembangunan Telupid siap bulan depan

Kajian pembangunan Telupid siap bulan depan

Kota Kinabalu: Pembangunan sosio ekonomi di daerah Telupid disasar dapat dilaksanakan secara lebih teratur selepas kajian ‘Aspirasi Pembangunan Telupid 2022-2030 siap pertengahan bulan depan.

Kajian itu dilaksanakan atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J Kurum dalam usaha melaksanakan perubahan di daerah berkenaan.

Beliau melantik Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) bagi melaksanakan kajian berkenaan dan menyiapkan laporan mengenainya untuk dijadikan sebagai panduan melaksanakan pembangunan di Telupid.

“Pelan pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) mengenal pasti tiga bidang utama di Telupid iaitu pertanian, penternakan dan alam semulajadi.

“Sejajar dengan halatuju itu, kita mesti memanfaatkan sepenuhnya potensi ini untuk mengembangkan aktiviti ekonomi di Telupid,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Anthony Kiob, berkata Aspirasi Pembangunan Telupid akan membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam merancang dan melaksanakan inisiatif SMJ di lapangan.

Katanya, laporan mengenai kajian itu juga akan dijadikan dokumen panduan bagi daerah berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|