Kaji semula tanah bergeran 900 ekar di Kuala Pintasan – Salleh

Kaji semula tanah bergeran 900 ekar di Kuala Pintasan – Salleh

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri diminta mengkaji semula status tanah bergeran seluas kira-kira 900 ekar di Kuala Pintasan, Kota Belud.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang menyuarakan perkara itu, berkata ia kerana berlaku pelanggaran syarat geran oleh pemiliknya.

“Pada pandangan saya, terdapat pelanggaran syarat-syarat geran tersebut. Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) khususnya perlu mengkaji semula perkara ini secara menyeluruh.

“Saya difahamkan tanah tersebut kini tidak diusahakan sejak ianya diberikan dan telah dijual kepada pihak ketiga,” katanya dalam perkongsian di laman Facebooknya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu menyarankan agar pemberian geran tanah berkenaan ditarik balik jika perlu.

“Perkara ini suda saya bangkitkan dahulu lagi semasa saya menjadi Ahli Parlimen (Kota Belud).

“Kerajaan perlu sentiasa waspada dan
menilai balik status penggunaan tanah agar ia dapat diusahakan sebaiknya untuk kebaikan rakyat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|