JKM Labuan cari ibu bapa atau waris

JKM Labuan cari ibu bapa atau waris

Labuan: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan (WP) Labuan meminta bantuan orang ramai bagi mengesan ibu kandung atau waris seorang remaja lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Kenyataan yang dikeluarkan JKM WP Labuan di laman sosial facebook, hari ini, berkata, remaja lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Muazhadif, 13 tahun.

Manakala katanya, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun turut berada di dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) melalui perintah mahkamah mengikut Seksyen 19(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ibu kepada remaja lelaki ini dikenali sebagai Harijah Abdul Rahman diperlukan untuk berbincang dengan pelindung kes bagi mengetahui penempatan dalam kadar segera.

“Manakala bagi ibu kandung bagi kanak-kanak perempuan pula dikenali sebagai Syvelyn Mahilum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihak JKM berharap, ibu bapa atau waris remaja dan kanak-kanak ini dapat hadir ke pejabat JKM WP Labuan atau menghubungi pegawai bertugas Zamrin Abdul Malah ditalian 087-424961.

Katanya, kes kedua-dua individu ini adalah pengabaian mengikut Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|