Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah

Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah

Kota Kinabalu: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 91, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah pada jam 11.45 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu tiba dengan van jenazah dari Hospital Gleneagle pada jam 11.15 pagi tadi sebelum dikebumikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetaokan dan upacara selesai kira-kira 30 minit.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tun Sakaran meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah dan 12 orang anak.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 5.30 pagi tadi akibat jangkitan Covid-19 seperti disahkan anaknya, Datuk Seri Nasir Sakaran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|