Jawatankuasa Pemantauan Dasar Korporat dan Tadbir Urus di rombak: Hajiji

Jawatankuasa Pemantauan Dasar Korporat dan Tadbir Urus di rombak: Hajiji

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan rombakan Jawatankuasa Pemantauan Dasar Korporat dan Tadbir Urus.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu susulan mengukuh dan meningkatkan bidang pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Polisi peningkatan ini termasuklah menguatkuasakan terhadap semua ketidakpatuhan terhadap arahan-arahan kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga selaku Menteri Kewangan negeri, berkata jawatankuasa akan di kawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk semua aspek pengurusan
korporat terhadap kemungkinan salah laku termasuklah kelulusan meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru di dalam BBN dan GLC,
pemantauan dan sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

“Jawatankuasa itu akan memantau semua pengurusan kewangan BBN
dan GLC secara teliti terutama sekali yang membabitkan pengunaan sumber sektor awam, dan akan memastikan semua ketua yang dilantik
melakukan kerja dengan intregiti dan kepatuhan kepada undang-undang serta
pengurusan.

“Ia juga akan meneliti semua cadangan BBN
dan GLC untuk kelulusan bagi memastikan pengukuhan pengurusan korporat,
keberkesanan operasi, kemampanan prestasi kewangan dan kemampuan
pengarah masing-masing,” katanya.

Hajiji berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri akan memastikan kadar ketelusan yg tinggi dan kadar
akauntabiliti di dalam pengurusan operasi semua BBN dan GLC di Sabah
memandang initistif ini sebagai sesuatu yang mustahak.

“Kami mahu memastikan kestabilan kewangan jangka panjang, daya maju
komersial untuk pulangan pelaburan; dan amalan korporat terbaik, “katanya.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|