Jauteh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah baharu

Jauteh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah baharu

Kota Kinabalu: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sabah, Datuk Jauteh Dikun dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Jauteh menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara kedua-duanya disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sabah antara Datuk Jauteh dengan bekas Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Sapii Ahmad.

Jauteh ketika ditemui berkata, dengan kepercayaan dan tanggungjawab serta peluang ini, beliau akan gunakan dengan sebaik-baiknya untuk memberi khidmat semampunya untuk kecemerlangan PDRM khususnya PDRM Kontinjen Sabah.

“Kepada seluruh warga JSJ Kontinjen Sabah, saya ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama selama saya menjawat jawatan sebagai KJSJ Kontinjen Sabah.

“Teruskan kecemerlangan, kerjasama dan berilah sokongan serta kerjasama sepenuhnya kepada KJSJ yang baharu, SAC Sapii,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, beliau ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan, kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan.

“Saya berharap datuk dan tuan akan terus menyumbang khidmat bakti dengan ikhlas demi mencapai misi dan visi organisasi ini lebih cemerlang di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, serah terima tugas Ketua Jabatan Integriti Pematuhan Standard turut dilaksanakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|